Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN
BINGKOR: Pengerusi JPKK Kampung Gasabon,Joaness Sapot menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @Nordin bagi kegunaan membiayai kos penggunaan jentera yang digunakan untuk membina jalan alternatif di kampung berkenaan.
Jalan alternatif itu terpaksa dibina selepas jalan raya yang menghubungkan Kampung Gasabon dan kawasan sawah penduduk terputus akibat bencana banjir.
Joannes berkata dengan adanya sumbangan itu, kerja-kerja membina jalan raya alternatif dapat disegerakan untuk kegunaan masyarakat kampung.
Katanya, sumbangan wakil rakyat itu amat berharga dan membuktikan keprihatinan wakil rakyat terhadap sebarang permasalahan rakyat di Kawasan Bingkor.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N40 Bingkor merangkap Ketua Biro Agama Islam DUN N40 Bingkor , Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik Charles.