Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN
KENINGAU: Kebajikan dan kesejahteraan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak pernah luput dari perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor,Datuk Robert Tawik @Nordin.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kawasan Zon Keningau yang menjalani kuarantin.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat N40 Bingkor Tinus Majip mewakili wakil rakyat Bingkor kepada Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Keningau, Yuzaimi Hairul Azwan di Pejabat Bomba dan Penyelamat Keningau.
Sementara itu , Yuzaimi merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk atas sumbangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai amat bermakna khususnya kepada anggota yang menjalani kuarantin.
Sumbangan itu sudah pasti mampu meringankan bebanan keluarga yang kehilangan sumber pendapatan kerana menjalani kuarantin.