Keluarga Mangsa Lemas Dapat Sumbangan Adun Bingkor

SUMBANGAN KHAIRAT…Matius menyampaikan sumbangan khairat kepada Sabdin iaitu bapa kepada arwah.

KENINGAU: Pengerusi JPKK Kampung Ritting, Matius Jail mewakili ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah menyampaikan sumbangan khairat kepada keluarga arwah Mohd. Syahril Sabdin, kanak-kanak berumur 2 tahun 7 bulan yang lemas di Kampung Kumaraling Sungoi Tambunan pada 10 Januari lalu.

Sumbangan disampaikan di rumah keluarga arwah di Kampung Riting Apin-Apin dan diterima oleh bapa arwah,Sabdin Othman.

Matius juga menyampaikan ucapan salam takziah daripada Datuk Robert kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan dan berharap mereka tabah menghadapi saat sukar ini.

scroll to top