Kepolisian Negara Republik Indonesia Kunjungi Pesuruhjaya Polis Sabah

KUNJUNGAN HORMAT…Rombongan bergambar ketika berkunjung ke Istana Negeri.

Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Kepolisian Negara Republik Indonesia mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Hazani Ghazali di pejabatnya di sini, jam 9.00 pagi tadi.

Kunjungan itu diketuai Pegawai Staf Teknis Polri, AKBP Agus Siswanto yang ditugaskan di Tawau,Pegawai Penghubung Tentera Indonesia Kota Kinabalu/Indonesia Liaison Officer TNI Kota Kinabalu, Letnan Kolonel Chb Roma Ulianth Paul, Pegawai penghubung Tentera Indonesia Tawau/Indonesia Liaison Officer TNI Tawau, Mayor Inf Edy Joko, Staff Penghubung Tentera Indonesia Kota Kinabalu/Indonesia Liaison Officer TNI Kota Kinabalu, Staf Sergent Firdaus, dan Staf Penerangan Sosial dan Budaya Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Iman Siregar.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Sabah, ACP Khalid bin Saion, Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Sabah, Lam Thiam Huat, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, SAC Zabidi bin Haji MD Zain.

Antara yang dibincangkan dalam kunjungan itu ialah mengukuhkan kerjasama yang sedia terjaliin bagi menangani masalah jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan najis dadah, pemerdagangan manusia dan sebagaimya.

Sementara itu, AKBP Agus Siswanto, kelahiran Klaten menyertai perkhidmatan polis sejak 1998, pernah menjadi Pengarah Polis Udara selama 15 tahun sebelum ditugaskan ke Bahagian Perhubungan Antarabangsa  selama 7 tahun di Markas Besar Polisi sebelum ditugaskan di Sabah yang meupakan penugasan pertamanya di luar negeri.

Sementara itu, Letnan Kolonel Chb Roma Uliant Paul , kelahiran Ambon, mula bertugas dalam perkhidmatan Tentera Nasional Indonesia pada 2001.

Sebelum ditugaskan  sebagai Pegawai Penghubung Tentera Indonesia di Kota Kinabalu, Roma pernah ditugaskan di Kodam 6 Mulawarman di Balik Papan.

Pegawai Penghubung TNI di Tawau, Mayor Inf Edy Joko , kelahiran Boyolali Jawa Tengah memasuki perkhidmatan Tentera pada 1990. Beliau sering terlibat dalam Latihan tentera bersama antara Malaysia dan Indonesia.

Ketiga-tiganya pertama kali bertugas di Sabah dan melahirkan rasa gembira bertugas di negeri ini kerana merasa tidak asing lagi kerana memiliki kebudayaan yang hampir sama.

Sebelum itu, ada 5 Julai, ILO TNI Kota Kinabalu, ILO TNI Tawau dan Staf Teknik Polri Konsulat Tawau mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin di  Istana Negeri.

Kunjungan Hormat dapat dilaksanakan dengan aman dan lancar serta mengikuti prosedur kesihatan di Istana Negeri Sabah.

scroll to top