Kes Baharu COVID-19 Di Sabah Melonjak 647

MASIDI MANJUN

Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Kes baharu positif COVID-19 di Sabah melonjak sejumlah 647 hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ianya melonjak tinggi dengan 44 peratus atau 287 kes berkenaan berpunca daripada kluster-kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu Jambatan Liawan Keningau dengan 38 kes.

Katanya, Kluster Penjara Kapayan menambah 204 kes baharu iaitu sejumlah 65.4 daripada  312 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu.

“Sejumlah 34 peratus atau 220 kes adalah berpunca dari kontak rapat dan Tawau turut mencatat kes tertinggi iaitu 58 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Tawau mencatat 78 kes, Keningau 39 kes, Kudat 35 kes, Sandakan 33 kes dan Sipitang 25 kes.

Sementara itu, Beaufort merekodkan 24 kes, Pitas 19 kes, Penampang dan Tuaran 13 kes, Semporna sembilan kes dan Putatan lapan kes.

“Kota Belud, Kota Marudu dan Beluran masing-masing mencatat tujuh kes baharu, Papar enam kes, Kinabatangan empat kes, Lahad Datu tiga kes dan Ranau dua kes.

Katanya, Kunak, Kalabakan dan Tongod pula masing-masing merekodkan satu kes sahaja.

“Daerah seperti Tambunan, Kuala Penyu, Nabawan, Telupid dan Tenom tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya.

scroll to top