Kes Indeks Kluster Sangkabok-Kuala Penyu Ada Sejarah Perjalanan Ke Beaufort

MASIDI MANJUN

KOTA KINABALU: Kes indeks bagi Kluster Sangkabok – Kuala Penyu mempunyai sejarah perjalanan ke Beaufort.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster baharu ini merupakan kluster jenis komuniti dan menular di Kampung Sangkabok dan Kg Tg Aru dalam daerah Kuala Penyu.

Katanya, kluster ini dikesan apabila kes indeks, suri rumah, 62, disahkan positif RTK-Ag grading 10% hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 16 Julai 2021.

“Berdasarkan maklumat, kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Beaufort untuk mendapatkan rawatan kesihatan,” kata Masidi yang juga jurucakap Covid-9 Sabah dalam kenyataan hari ini.

Saringan kontak rapat dan kontak sosial setakat hari ini, mencatat jumlah kumulatif 33 kes termasuk empat kes baharu.

Secara keseluruhannya, Kuala Penyu mencatatkan sebanyak 20 kes baharu hari ini, manakala Beaufort merekodkan 19 kes baharu.

10 daripada kes baharu di Kuala Penyu hari ini adalah daripada saringan kluster, manakala lima lagi daripada saringan kontak rapat, dua kes daripada saringan bergejala dan tiga daripada saringan bersasar.

Bagi Beaufort pula, tujuh daripada kes baharu hari ini daripada saringan kontak rapat, sementara 10 lagi daripada saringan bergejala dan dua daripada lain-lain saringan.

scroll to top