Kesan waris kanak-kanak, bantu urusan hak penjagaan

MOHAMMAD ABDULLAH

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan mangsa pengabaian.

Pelindung Bahagian Sandakan Nurhafiza Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan waris kanak-kanak terbabit, setelah kes itu dirujuk oleh pengadu Ismail London pada 24 Januari 2022.

Beliau berkata, dalam laporan polis dibuat oleh pengadu bertarikh 24 Januari 2022 menyatakan bahawa dia menjaga kanak-kanak bernama Mohammad Abdullah.

“Menurut pengadu, ibu kandung yang dikenali sebagai Salina Dakis menyerahkan kanak-kanak berkenaan sejak 2010 dan ibu kandung sudah tidak dapat dikesan sehingga kini,” katanya.

Nurhafiza berkata, pengadu menemuinya bagi memohon bantuan untuk urusan hak penjagaan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak itu pada masa akan datang.

Menurutnya, kes berkenaan sedang diambil tindakan dibawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa kandung atau waris tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak ini.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Nurhafiza di pejabatnya melalui talian 089-668494/667821.

scroll to top