Oleh YUSOP TEPPO
SANDAKAN: Ketua Wanita Umno Bahagian Beluran, Sarimah Haji Eting dan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Beluran terlibat dalam kemalangan jalanraya di Batu 12 Jalan Labuk, petang Rabu.
Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Ketua Wanita itu sedang dalam perjalanan balik ke Sandakan selepas dua hari menghantar bantuan bakul makanan Covid-19 kepada Wanita Umno di daerah Beluran, Daerah Kecil Paitan dan Telupid.
Kejadian berlaku lebih kurang jam 6.32 petang, di mana kenderaan yang dipandu oleh salah seorang AJK Wanita Umno Bahagian itu yang dinaiki Sarimah telah berlanggar dengan sebuah kereta pacuan empat roda lain.
Difahamkan, mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.