KJRI KK Adakan HUT Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-76

UPACARA….Komandan Upacara Chb Roma Paul melaporkan kepada Inspektur Upacara, Bapak Krishna Djelani, Konsul Jenderal Republik Indonesia.

Oleh ABD NADDIN HAJI SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Upacara Peringatan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia kali ke 76 yang diadakan di Konsulat Jenderal Republik Indonesia KJRI Kota Kinabalu berlangsung sederhana.

Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) , Krishna Djelani memimpin upacara sambutan HUT ke-76 itu yang diselenggarakan secara sangat terhad untuk pegawai dan Staf KJRI Kota Kinabalu.

DITEMUI MEDIA…Bapak Krishna Djelani sewaktu ditemui media selepas upacara HUT RI ke-76.

Upacara dimulakan dengan upacara menaikkan bendera disusuli, persiapan Detik-Detik Proklamasi, Pembacaan Proklamasi Kemerdekaan, Pembacaan Undang-Undang Dasar 1945, Pembacaan Doa dan sebagainya.

Upacara peringatan HUT RI ke-76 dengan tetap mematuhi SOP pencegahan COVID-19 yang berlaku.

Ketika ditemui media selepas itu, Krishna mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana memberikan kebenaran untuk mengadakan upacara peringatan HUT RI ke-76 itu.

MENAIKKAN BENDERA…Upacara menaikkan Bendera Merah Putih sempena Peringatan Kemerdekaan RI ke-76.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan suntikan vaksinasi untuk semua pegawai dan staf KJRI Kota Kinabalu.

Selain itu, Krishna juga menasihatkan agar warga Indonesia di Sabah yang belum menerima suntikan vaksin agar segera mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Beliau juga meminta agar warga Indonesia mematuhi protokol kesihatan atau SOP bagi mencegah dan menghentikan penularan COVID-19 .

scroll to top