KKJA Akan Sampaikan Baucar RM300 Kepada Ahlinya

JIMMY GOH

KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) akan memberikan baucar bernilai RM300 kepada setiap ahlinya untuk membeli barangan keperluan.

Pengerusi KKJA Jimmy Goh berkata, pihaknya berterima kasih kepada enam penasihat seumur hidup KKJA yang sudi menaja sumbangan berkenaan.

“Terima kasih kepada Tan Sri Andrew Liew, Tan Sri Paul Lim, Tan Sri Joseph Lo, Datuk Peter Chin, Datuk Frankie Liew dan Kapitan Eliza Goh atas sumbangan itu kepada Tabung Bantuan COVID-19 KKJA.

“Kita tahun ini juga tidak dapat mengadakan Hari Wartawan pada 1 September ini disebabkan pandemik COVID-19.

“Jawatankuasa Eksekutif KKJA berpendapat bahawa adalah lebih baik membantu para ahlinya yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan ahlinya telah kehilangan pekerjaan dan ada juga yang dikurangkan gaji.

Katanya, Jawatankuasa KKJA akan terus berusaha untuk menambah baik kebajikan para ahlinya.

“Kesemua baucar ini akan diedarkan kepada para ahlinya dalam masa terdekat. Untuk semua ahli bersekutu, mereka boleh berhubung dengan Setiausaha KKJA Teo Jinn Jiun dalam talian 016-8254889 atau Bendaharinya Yvoonne Ho Yin Yin (016-8111883) sebelum 15 September 2021 bagi menerima baucer itu.

“Para ahli bersekutu juga disarankan untuk mengemas kini data diri masing-masing kepada Setiausaha atau Bendahari agar mereka tidak ketinggalan dengan sebarang aktiviti KKJA pada masa hadapan,” katanya.

Jimmy berkata, sejak penubuhan KKJA 30 tahun lalu, pelbagai aktiviti berjaya dianjurkan disebabkan kesudian para penasihat dan penasihat seumur hidup untuk menyumbangkan dana.

Katanya, Penasihat Seumur Hidup seperti Tan Sri Dr TC Goh, Konsul General China di Kota Kinabalu Liang Caide, Tan Sri David Chu, Datuk James Hwong, Datuk Clement Yeh, Datuk Ambrose Lee, Datuk Michael Lui, Datuk Susan Wong dan Kapitan Li Su Fook adalah antara individu yang sering membantu KKJA.

“Terdapat juga Penasihat dan Penasihat Seumur Hidup KKJA yang lain sering menyokong persatuan ini setiap tahun.

“Kami akan mengadakan kunjungan hormat kepada setiap individu berkenaan dan menyerahkan sijil pelantikan dan tanda terima kasih kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Jimmy turut menyeru kepada semua pengamal media di sini sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika melaksanakan tugas.

“Walaupun kebanyakkan wartawan sudah lengkap vaksinasi, tetapi semua dinasihatkan untuk terus patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga masing-masing,” katanya.

Jimmy turut mengucapkan selamat Hari Kebangsaan kepada semua masyarakat.

scroll to top