KUALA PENYU: Kontinjen yang mewakili Masjid Nurhidayah Palu-Palu muncul naib johan Pertandingan Sepanduk sempena sambutan Maulidurasul Peringkat daerah Kuala Penyu tahun 1444H /2022M yang diadakan di Dewan Shah Bandar Makang Rabu lalu.
Johan disandang oleh Kontinjen Masjid Pekan Daerah Kuala Penyu dan ketiga kontinjen KAFA Kuala Penyu.
Sambutan Maulidurasul Peringkat Daerah Kuala Penyu tahun ini disempurnakan majlis perasmiannya oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Isnin Haji Aliasnih yang juga Adun Klias.
Beliau turut menyampaikan hadiah -hadiah kemenangan pertandingan sepanduk di Dewan Shah Bandar Makang di sini.
Sambutan turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari Kumpulan KAFA daerah Kuala Penyu yang diketuai oleh Ustaz Mohd Safwan Abd.Wahab.