Kontraktor Digesa Percepat Pelaksanaan Projek

SEGERAKAN…Robert melawat tapak pembinaan tangki untu memastikan ia dapat dipercepatkan.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KENINGAU: Pihak kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek digesa agar mempercepat pelaksanaan projek sebaik sahaja proses dokumentasi selesai.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin juga memohon agar tiada penduduk yang membantah apa juga proses kerja dalam melaksanakan pembinaan projek itu kerana ia adalah satu keperluan utama yang sudah lama dinantikan oleh penduduk sekitar khasnya penduduk Kampung Bandukan Lama.

Beliau berkata demikian selepas  melakukan lawatan ke tapak tangki utama bekalan air bersama Jurutera Jabatan Air dan kontraktor pelaksana bagi pembinaan sambungan bekalan air bersih ke Kampung Bandukan.

Robert juga melawat  tapak cadangan untuk pembinaan tangki penyimpanan bekalan air ke Kampung Bandukan yang terletak di kawasan berhampiran kampung.

Selain meminta pelaksanaan  projek pembinaan tangki itu dapat disegerakan kerana ia adalah keperluan utama penduduk kampung.

Dalam lawatan ini saya juga meminta agar kontraktor yang dilantik mempercepat pelaksanaan sebaik sahaja proses dokumentasi selesai.

scroll to top