KRI Bima Suci-945 dalam rangka kegiatan Kartika Jala Krida 2022 di Kota Kinabalu

SAMBUTAN…Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan mengalungkan selamat datang kepada salah seorang perwira yang mengikuti pelayaran itu.

KOTA KINABALU: Kapal Republik Indonesia (KRI) Bima Suci -945 melakukan kunjungan ke Kota Kinabalu bermula 5 hingga 8 Ogos  dalam rangka kegiatan Kartika Jala Krida Tahun 2022.

Pelayaran KRI Bima Suci ini dalam rangka mendukung latihan praktek pelayaran  (Kartika Jala Krida (KJK) Taruna Akademi Angkatan Laut (AAL) Angkatan ke-69 Tahun 2022.

KRI Bima Suci membawa seramai 98 orang kru kapal dan 14 orang Training Staff serta 103 orang Taruna/Taruni Akademi Angkatan Laut diketua Komandan  KRI Bima Suci -945, Perwira Latihan KJK 2022, Leftenan Komander Laut ,  M.Satu Lubis dan Leftenan Komander Laut (P) Ahmad Faribi.

KENANGAN…Bapak Rafail Walangitan berfoto bersama tetamu ketika upacara penyambutan di Pelabuhan Kota Kinabalu.

Acara penyambutan kunjungan KRI Bumi Sci diadakan di Pelabuhan Kota Kinabalu dengan diketuai  oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan.

Pengarah Jabatan  Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Abdul Mukti Haji Muchlis mewakili DBKK.

Turut hadir AKS N5 Armada Timur, Kapten Hazrine Mohd Taib,Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP  Jauteh Dikun, Atase Laut, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah,Kolonel  Mohamad Andi Wahyu Sudrajat, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Awang Zaini Haji Suntim.

TIBA…Komandan  KRI Bima Suci -945 melaporkan ketibaan mereka di Pelabuhan Kota Kinabalu.

Sebaik tiba di pelabuhan Kota Kinabalu, KRI Bima Suci diberikan sambutan meriah dan tarian kebudayaan etnik negeri Sabah.

Selepas itu, kenamaan dan tetamu undangan diberi peluang melawat KRI Bima Suci.

KRI Bima Suci-945 melakukan pelayaran selama 91 hari bermula dari Surabaya, Jakarta,Singapura-Sabah Malaysia-Tual-Townsville -Sydney-Cairns, Darwin-Bali sebelum kembali semula ke Surabaya.

scroll to top