Kuatkuasakan Bangsa Kebangsaan Dalam Kalangan Ahli Politik

PERKASAKAN BAHASA MELAYU… Amiruddin (kanan) mengetuai PPJ di Mesyuarat Agung MKNJ

KOTA TINGGI : Bahasa Kebangsaan perlu dikuatkkuasakan penggunaannya di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri.

Persatuan Penulis Johor (PPJ) menegaskan penguatkuasaan ini amat penting bagi menggelakkan Bahasa Melayu tidak dihormati terutama dalam kalangan penggubal undang-undang.

” Hal ini amat perlu bagi memastikan Bahasa Kebangsaan dihormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” tegas Ketua Satu PPJ, Amiruddin Md.Ali Hanafiah.

Amiruddin mahu semua pihak memahami maksud penguatkuasaan ini walaupun Bahasa Melayu telah dilaksanakan di Parlimen.

“Buat masa ini, Bahasa Melayu di Parlimen tidak diwajibkan mengikut undang-undang” ujar Amiruddin ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Mesyuarat Agung Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) di Amerald Resort, Pengerang.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Haji Mazlan Bujang turut dihadiri Pegawai Daerah Kita Tinggi, Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil; Timbalan Yang Dipertua MKNJ, Datuk Othman Jais dan Naib Yang Dipertua II MKNJ, Datuk Ariss Samsudin.

Sebelum itu, Amiruddin juga mahu kerajaan menyediakan penterjemah untuk membolehkan pemimpin berucap menggunakan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Hal ini, menurut beliau, mampu meletakkan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa lain di dunia.

scroll to top