Lajim Serah Sumbangan Kerbau Kepada Lima Kampung

SUMBANGAN AMAL: Lajim menyerahkan kerbau kepada lima kampung dalam kawasan Parlimen Beaufort untuk ibadah korban.

Oleh MARIAYATI MURSIDI

BEAUFORT: Sebanyak lima ekor kerbau disumbangkan kepada lima kampung dalam kawasan Parlimen Beaufort untuk ibadah korban.

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin yang menyerahkan sumbangan itu berkata, ia adalah untuk diagihkan kepada penduduk sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang disambut pada Selasa depan.

“Ini merupakan sumbangan peribadi saya di mana ia akan digunakan untuk diagihkan kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.

Lajim yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort berkata, penyerahan itu merupakan sumbangan amal yang dilaksanakan setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, antara kampung terlibat ialah Kampung Kebatu, Kabidang, Kukut, Limbawang dan Kampung Kota Klias.

Beliau berharap sumbangan ini akan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada penduduk terlibat khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.

“Meskipun kita dibenarkan untuk melaksanakan ibadah korban namun prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi sentiasa agar kita dapat dijauhi daripada wabak ini,” katanya.

 

scroll to top