Lelaki maut dipercayai dibunuh

MAUT ...lelaki ditemui berlumuran darah dipercayai dibunuh dalam kejadian di kawasan Fajar, di sini.

TAWAU: Seorang lelaki ditemui maut dengan berlumuran darah dipercayai dibunuh dalam kejadian di kawasan Fajar, di sini.

Mangsa berusia, 27 tahun, itu dilaporkan ditemui dengan kesan luka di bahagian dada dipercayai akibat ditikam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi, mengesahkan insiden berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kes masih dalam peringkat awal dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

“Ketika ini laporan sedang dibuat untuk mendapatkan keterangan lanjut dan setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada saya,” katanya.

Terdahulu, penemuan mayat berkenaan turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi awam.

Rakaman berdurasi 21 saat itu memaparkan mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.

scroll to top