Lelaki Tempatan Ditahan Bersama Empat Peket Syabu

SUSPEK: Suspek ditangkap bersama kenderaan yang digunakannya.

Oleh MARIAYATI MURSIDI

KALABAKAN: Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana memiliki empat peket kecil lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam kenderaan yang dipandu lelaki terbabit di jalan Brantian, tengah hari kelmarin.

RAMPAS: Syabu dan kunci kereta yang dirampas daripada suspek.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Supt. Mohd Yacob Murad berkata, kira-kira jam jam 12.45 tengah hari pasukannya yang terdiri anggota kompeni ‘C’ bersama anggota Balai Polis Kalabakan membuat tugas ronda jarak jauh dan terserempak dengan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan awal terdapat seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun yang memandu kenderaan berkenaan.  Pemeriksaan tubuh dilakukan namun tidak menjumpai barang salah.

“Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan yang dipandu suspek telah menemui satu bekas gula-gula bertulis ‘Dequadin Pastilles Menthol’ didalamnya mengandungi empat peket kecil lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar sebanyak 0.23 gram,” katanya menambah, turut dirampas ialah sebuah kenderaan jenis kompak berserta kunci.

Katanya, nilai kesemua rampasan dianggarkan RM6,500.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

scroll to top