LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha telah mengadakan majlis penghargaan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Majlis ini diadakan secara dalam talian yang disertai oleh pelajar-pelajar cemerlang bersama ibubapa, wakil Pengarah dari Jabatan Pendidikan Wilayah Perekutuan Labuan, Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Ibubapa dan Guru serta Guru – guru (PIBG) SMK Rancha-Rancha.

PELAJAR TERBAIK … Nur Nabilah Afiqah Shamsudin dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan kerana telah memperolehi 11A,( 5A+, 6A-).
Majlis ini dikendalikan oleh Unit Kurikulum bersama barisan pentadiran tertinggi SMK Rancha-Rancha bertujuan memberi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang gigih berusaha sehingga memperoleh pencapaian terbaik dan membanggakan kedua ibubapa khususnya dan juga mengharumkan nama sekolah.
Terdapat 15 orang Pelajar Terbaik SPM 2020 yang telah dipilih oleh pihak sekolah, kesemua mereka diberikan hadiah penghargaan dan sijil.
Pada majlis itu, Nur Nabilah Afiqah Shamsudin telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan kerana telah memperolehi 11A,( 5A+, 6A-).
Hadiah penghargaan berbentuk wang tunai disumbangkan oleh PIBG SMK Rancha-Rancha WP Labuan.
Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman Wan Awang megucapkan terimaksih atas usaha Unit Kurikulum berserta guru-guru kanan bidang mata pelajaran serta Setiausaha Kurikulum Ismayani Ismail selaku penyelaras majlis atas penganjuran majlis gemilang ini walapun hanya diadakan di dalam talian.
Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar cemerlang kerana telah memperoleh prestasi cemerlang walaupun pelbagai cabaran ditempuh sepanjang tahun 2020.
Katanya, perjuangan para pelajar melalui saat-saat sukar tanpa menyerah kalah akhirnya mampu mengukir kejayaan yang membanggakan.
“Sesungguhnya kegigihan, keiltizaman, dan disiplin diri adalah formula kejayaan bagi setiap pelajar,” jelasnya.
Beliau juga mengucapkan ribuan terimakasih dan penghargaan terhadap usaha gigih guru-guru, kaunselor sekolah serta ibubapa dalam membantu kejayaan pelajar-pelajar .
Katanya, usaha berterusan tanpa perasaan jemu dan putus asa yang ditunjukkan oleh guru – guru juga merupakan satu kebangaan kepada beliau.

MAIMOON MATNOH … Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP Labuan
“Tanpa komitmen guru yang tinggi, kejayaan sukar di capai,” jelasnya.
Beliau menambah, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru Tingkatan 5 khususnya menghadapi cabaran pandemik Covid-19 yang menggerunkan yang bermula pada akhir Februari 2020.
“Namun pihak sekolah sentiasa merancang pelbagai usaha untuk menambah baik dan meningkatkan kecemerlangan pelajar selaras dengan matlamat pendidikan negara,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada Maimoon Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP Labuan, wakil rasmi Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan yang telah sudi bersama-sama menjayakan majlis seterusnya menjadi perasmi dalam majlis tersebut.
“Terimakasih atas penyertaan YDP PIBG Haji Adi Tuah serta Jawatankuasa Tertinggi PIBG atas penyertaan mereka dan memeriahkan lagi majlis pada pagi tersebut,” jalasnya.
Pada majlis itu Maimoon telah menyampaikan salam tahniah dari Pengarah Jabatan Pelajaran Labuan kepada seluruh warga pendidik SMK Rancha-Rancha atas kejayaan pelajar-pelajar nya serta kejayaan sekolah mendapat keputusan 100% lulus.
Katanya, keupayaan sekolah ini yang mampu melahirkan pelajar cemerlang dan kelulusan 100% adalah sesuatu kejayaan yang perlu dikekalkan dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
“Momentum yang baik ini perlu dikekalkan dan ini adalah bukti kerjasama baik yang ditunjukkan oleh warga SMK Ranca-Rancha.
Beliau berpesan kepada pelajar cemerlang yang diraikan semoga kejayaan dalam peperiksaan SPM 2020 adalah satu titik permulaan bagi mereka untuk meraih lebih banyak kejayaan di masa hadapan dan menjadi pendorong kepada mereka mencapai impian dalam kehidupan ini.
“Selamat menempuh perjalanan hidup yang lebih bermakna dan mencabar. Terkadang, penat dan lelah dalam belajar adalah harga yang harus dibayar untuk memperoleh kejayaan diakhirnya.
“Semoga dengan adanya majlis seumpama ini akan menjadi satu contoh terbaik kepada pelajar-pelajar lain yang akan menduduki SPM akan datang.– Sumbangan AZRI ONN