Mamagun lapor polis penghinaan kaum melalui kongsian facebook

LAPORAN POLIS ... Rudy (tengah) bersama AMT Mamagun.

TENOM: Kongsian facebook seorang pengguna media sosial yang menghina etnik-etnik asal Sabah dengan kata-kata penghinaan dan tidak moral telah menarik perhatian Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) membuat laporan polis.

Presiden Mamagun Rudy Sulaiman Mairi beserta ahli-ahli majlis tertinggi (AMT) pertubuhan itu membuat laporan ke atas pemilik akaun facebook bernama Muhammad Zahid AL Sulaiman di Balai Polis Tenom.

“Kongsian tersebut boleh mencetuskan kemarahan kepada setiap suku yang dinyatakan dalam kongsian sebagai lahir melalui kemaluan haiwan,” katanya.

Menurut Rudy, laporan polis dibuat agar siasatan dapat dijalankan demi mengelak tercetusnya perkara tidak diingini di luar batas undang-undang.

Rudy berharap pihak berkuasa dapat memberi perhatian serius untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pelaku bagi mengelakkan gangguan keharomina akibat isu penghinaan kaum.

Rudy yakin pihak berkuasa dapat menangani isu perkauman itu dan memberi jaminan pihaknya akan terus menjaga keharmonian sehingga pihak polis selesai membuat siasatan.

scroll to top