Masalah Gangguan Air Dapat Perhatian

SANDAKAN: Kerisuan penduduk di kawasan perumahan Polis Taman Tinosan Batu 4 dekat sini yang mengalami gangguan bekalan air akhirnya reda apabila masalah tersebut mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin yang turun padang melihat masalah tersebut.

Perkara yang merisaukan penduduk di kawasan tersebut ialah apabila berlakunya gangguan bekalan air yang memakan masa berhari-hari disebabkan keroskan tangki utama tempat penyimpan air membekalkan air ke kawasan perumahan mengalami keroskan dan pecah.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya semasa lawatan tersebut meminta Jurutera Daerah Jabatan Air Sandakan agar mengemukakan laporan dan mengemukakan permohonan peruntukan ke Ibu Pejabat Jabatan Air agar masalah di kawasan tersebut dapat ditangani segara.

“Dalam lawatan ini saya dapati keadaan tangki di kawasan ini sudah tidak berfungsi, ada yang pecah dan perlu diganti dan diperbaiki segara memandangkan ianya pusat simpanan air yang akan membekalkan air ke kawasan perumahan polis termasuk Ibu Pejabat Polis di sini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kawasan tersebut.

Turut serta dalam lawatan itu Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Azhar Mohd Hamin, Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Kerja Raya Benedict Asmat dan Jurutera Air Daerah Sandakan Duane Alvin William.

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan masalah bekalan air di kawasan tersebut akan berfungsi tanpa gangguan apabila kerja-kerja pembaikan dan pengantian tangki baru dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebaik sahaja laporan dan permohonan peruntukan diluluskan kelak.

scroll to top