Masjid Baitul Rahman JPJ Mula Dibuka

RASMI....Tun Juhar (kanan) menurunkan tandatangan sekali gus merasmikan pembukaan Masjid Baitul Rahman.

PENAMPANG:  Masjid Baitul Rahman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah mula dibuka kepada jemaah mulai kelmarin.

Pengerusi masjid tersebut, Jaafre Abd Rashid memaklumkan masjid yang mempunyai kapasiti 500 jemaah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan itu turut dilengkapi kemudahan asas seperti penghawa dingin, ruang solat muslimah, tempat wuduk dan sebagainya.

SOLAT JUMAAT … Tun Juhar (dia dari kanan) menyertai 100 jemaah menunaikan solat Jumaat.

Beliau ditemui media selepas majlis perasmian masjid yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Terdahulu, Pengarah Pengangkutan Jalan Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Mohd Zakaria mengiringi Tun Juhar bersama kira-kira 100 jemaah menunaikan solat jumaat yang diimamkan Iman Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting dan khutbah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains), Datuk Saifulzaman.-Penerangan.

scroll to top