KENINGAU: Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor membahagikan 200 bungkus daging korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Keseluruhan agihan melibatkan 200 orang dari 21 kampung di sekitar Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.
Sebanyak lima ekor lembu disembelih untuk ibadah korban termasuk seekor yang disumbangkan oleh ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin.

HAYATI IBADAH KORBAN…Haji Yazid membahagikan bungkusan daging korban kepada penerima.
Penerima adalah di kalangan fakir miskin, saudara muslim termasuk petugas pelapah.
Pembahagian disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Nur Hidayah, Haji Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @Charles, dan Imam Juslin Ibrahim.
Pelaksanaan kerja kerja korban di Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor mematuhi peraturan dan mengikuti syarat syarat yang ditetapkan oleh KKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan dipantau oleh Pegawai dari Jabatan Veteriner Daerah Keningau.
Beliau juga berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksanaan majlis korban atas komitmen yang diberikan sehingga majlis berkenaan dapat dijalankan dengan jayanya.