Masyarakat Islam Digesa Pelajari Kaedah Pengurusan Jenazah

KAEDAH PENGURUSAN JENAZAH…Peserta Kursus mempelajari kaedah pengurusan jenazah yang betul.

SEMPORNA: Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di Masjid Al Ikhlas Kampung Pertemuan Bugaya, Jalan Tanjung Kapor berjaya mencapai matlamatnya.

Program kursus itu dianjurkan di bawah kelolaan Pengerusi Masjid Al Ikhlas, Ketua Anak Negeri (KAN) Kulli Maralam mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat Islam setempat.

Kursus Pengurusan Jenazah itu amatlah besar ertinya kepada masyarakat Islam setempat agar mereka memahami kaedah pengurusan jenazah dengan baik.

Sementara itu, PPM Senallang, Adamsyah Mohammad yang berkesempatan hadir bersama penduduk mengingatkan masyarakat Islam bahawa hal dan urusan kematian bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh oleh setiap orang Islam kerana ia adalah fitrah kehidupan.

Katanya, urusan berkaitan kematian khususnya pengurusan jenazah bemula dari proses memandikan, mengkafankan sehingga pengkebumian perlulah diuruskan dengan ilmu.

PENYAMPAIAN SIJIL…Salah seorang peserta menerima sijil Kursus Pengurusan Jenazah.

Dalam ucapannya beliau juga memetik Firman Allah dalam Surah Al Anbiya Ayat 35 yang menyatakan bahawa setiap yang hidup akan merasai kematian dan oleh sebab itu, beliau mengingatkan agar umat Islam sentiasa mengingati kematian.

Turut hadir dalam program itu pemimpin masyarakat setempat, Ismail Abd Nama, Ketua Kampung Pulau Bait, Abdul Mumin Ramit, Ketua Kampung Pola, KK Mohd Jabrut Abd Basah,Imam Masjid Al Ikhlas, Imam Hasan @ Romzy Maralam.

scroll to top