MID Terima Banyak Panggilan Telefon Mohon Bantuan Dari Parlimen Tuaran

KHAIROL MAJIDE

Oleh MARIAYATI MURSIDI

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menerima ratusan panggilan telefon mengenai bantuan bakul makanan yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Setiausaha Perhubungan Awam kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) Khairol Majide memaklumkan sejak kelmarin, pihaknya menerima ratusan panggilan berhubung perkara itu di pejabat MID.

Menurutnya, panggilan dibuat adalah sebahagian besarnya merupakan penduduk dari kawasan Parlimen Tuaran. Mereka ingin memohon bantuan yang telah diwartakan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Nombor yang digunakan iaitu 088-223 633 adalah nombor telefon pejabat MID. Saya berharap agar orang ramai terus membuat panggilan ke nombor telefon Pejabat Daerah Tuaran sekiranya ingin membuat permohonan untuk bantuan,” katanya.

Beliau juga menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan bakul makanan dan apa-apa juga bentuk bantuan dari Pejabat Parlimen Tuaran untuk menghubungi pejabat berkenaan di talian 088-718182.

scroll to top