KOTA KNABALU: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 39 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Tanjung Aru yang berlaku Selasa lepas.
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, bantuan yang diberikan adalah untuk meringankan beban yang ditanggung setelah kehilangan harta benda dalam tragedi itu.

TANYA KHABAR … Tarsiah (dua dari kanan) bersama Reduan (kanan) menyantuni mangsa kebakaran di pusat penempatan sementara di Dewan Muhibbah, Sembulan.
Sumbangan disampaikan di Dewan Muhibbah, Sembulan selepas menyantuni mangsa yang ditempatkan sementara di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.22 Tanjung Aru, Reduan Aklee dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) Sabah, Rusnah Kuyung.– Penerangan.