Oleh HENRY BATING
KENINGAU: Komuniti Nulu Tritunggal menerima sumbangan dari Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik untuk membiayai pembinaan Mini Dewan Ziarah Nulu Tritunggal St Anthony Abbot Apin-Apin.
Pengerusi Komuniti Nulu Tritunggal Sisom Munsoh berkata dengan sumbangan Robert selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor maka pihaknya memperoleh tambahan dana untuk pembinaan mini dewan.
“Kami amat berterima kasih dengan sumbangan yang dihulurkan,” kata Sisom.
Hadir sama menyaksikan majlis ringkas itu ialah ahli-ahli jawatankuasa Komuniti Nulu Tritunggal dan Timbalan Ketua Bahagian STAR Bingkor Robert Paulus.
Sisom menyifatkan Robert sebagai pemimpin yang amat prihatin terhadap keperluan rakyat, malahan proaktif dan responsif menangani kebajikan rakyat.