Orang Ramai Digesa Kibar Jalur Gemilang

LANCAR…Robert melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Pekan Bingkor.

Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN

KENINGAU:  Orang ramai digesa agar turut sama mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah sebagai tanda sayangkan negara terutamanya sempena sambutan Bulan Kebangsaan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik  berkata pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan rakyat,

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah berkata demikian ketika  menyempurnakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 peringkat Kawasan DUN N.40 Bingkor, di Pekan Bingkor pagi tadi.

“Sempena Bulan Kebangsaan ini marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah sebagai tanda kita sayangkan negara ini,” katanya.

Beliau juga mengajak orang ramai agar bersama-sama menyelamatkan negara daripada ancaman virus Covid-19 ini dengan terus mematuhi SOP pencegahan Covid-19 dan mengambil suntikan vaksin.

scroll to top