Adun Bingkor Hulur Bantuan Kerusi Roda

BERSYUKUR…Usimah menerima bantuan daripada Datuk Robert yang diwakili oleh Pengerusi JPKK Sandapak, Juspinah Munsau.

KENINGAU: Usimah Atam yang amat memerlukan alat bantu untuk pergerakan sama ada di rumah mahupun semasa mendapat khidmat rawatan di pusat kesihatan menerima sumbangan kerusi roda daripada ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik.

Usimah yang ditemui melahirkan rasa terima kasih dan terharu atas keprihatinan Datuk Robert terhadap kebajikan rakyat yang diwakilinya.

Katanya, sumbangan itu besar ertinya kepada beliau kerana ia dapat membantunya bergerak dengan lebih selesa.

Sumbangan kebajikan itu disampaikan oleh Pengerusi JPKK Kampung Sandapak Juspinah Munsau yang mewakili Datuk Robert.

scroll to top