Pasukan Petugas Khas Poging Dibentuk Laksana Poging Rumah Pangsa Tg Aru

TEAM PPKP .... Abdul Rahman bersama barisan Pasukan Petugas Khas Poging Rumah Pangsa Tanjung Aru.

Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Menyedari penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin hari semakin meningkat di negara ini termasuk Sabah, sekumpulan penduduk Rumah Pangsa Tanjung Aru, di sini mengambil inisiatif sendiri melakukan poging di kawasan perumahan itu.

ABDUL RAHMAN ABDUL SAMAD

Mereka terdiri daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar  (JKDB), Ketua-Ketua Blok dan Jawatankuasa Surau Al-Mukminin Rumah Pangsa Tanjung Aru membetuk Pasukan Petugas Khas Poging (PPKP) Rumah Pangsa Tanjung Aru yang diketuai oleh Pengerusi Ketua-Ketua Blok Rumah Pangsa Tanjung Aru Abdul Rahman Abdul Samad.

Menurut Abdul Rahman, mereka terpanggil untuk melakukan kerja-kerja poging itu memandangkan telah ramai kalangan penghuni di kawasan perumahan Rumah Pangsa Tanjung Aru ini dijagkiti wabak COVID-19.

“Jadi sebelum keadaan menjadi semakin buruk, kita membetuk pasukan poging ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan poging di salah sebuah rumah di Blok 2 perumahan itu.

KERJA AMAL …Nurfaizul (kanan) dibantu Ketua Blok 9, Raipah melakukan kerja-kerja poging pagi tadi di Blok 9.

Turut serta dalam Pasukan Petugas Khas Poging Rumah Pangsa Tanjung Aru itu ialah Pengerusi Surau Al Mukminin Mohd Nurfaizul Jimbul, Ketua Blok 1 Samsul Mahmud dan dua petugas remaja Akmal dan Izat.

Dalam pada itu menurut Abdul Rahman, tiada caj bayaran mereka kenakan kepada setiap rumah-rumah yang mereka poging, namun akan sedia  menerima jika sekiranya tuan rumah memberikan sumbangan di atas kerja yang kami lakukan.

POGING …Abdul Rahman ketika melakukan kerja-kerja poging rumah penghuni di salah sebuah blok kelmarin.

“Dan wang diterima akan digunakan untuk membeli cecair pembasmi kuman untuk kerja-kerja poging berkenaan,” jelasnya.

“Dalam melaksanakan poging ini, kami menggunakan cecair pembasmi kuman jenis Clovax yang tidak merbahaya kepada manusia mahupun binatang peliharaan.

“Kita juga turut meminta keizinan terlebih dahulu daripada penghuni rumah samada mereka mahu premis mereka dipoging atau tidak sebelum kami melakukan poging di dalam dan di luar rumah berkenaan,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, inshaAllah jika ada sambutan program poging ini akan dibuat setiap seminggu sekali.

“Bagaimanapun ianya juga tertakluk kepada stok cecair pembasmi kuman yang digunakan untuk program poging ini,” katanya.

SEDIA BERBAKTI … Sebahagian kerja-kerja poging yang dilaksanakan kelmarin.

Katanya, memandangkan ianya adalah kerja amal, beliau mengharapkan akan ada individu tampil untuk memberikan sumbangan samada kewangan untuk membeli cecair Clovax atau sumbangan cecair Clovax  itu sendiri.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terimakasih kepada individu terutama kepada Kak Min Cafe yang menyumbangkan kewangan untuk membeli cecair Clovax untuk tujuan program poging ini,” katanya.

Rumah Pangsa Tanjung Aru terdiri 315 lot rumah, 12 lot kedai, 1 lot pejabat LPPB, 1 Lot Tadika Kemas dan 1 lot Surau.

scroll to top