PBT Digesa Tangani Haiwan Berkeliaran Di Keningau

BERKELIARAN ... Pemilik haiwan peliharaan berkenaan sudah pasti mengetahui masalah itu tetapi masih berdegil dengan membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KENINGAU: Agensi kerajaan yang berkaitan diharap dapat menguatkuasakan dan menangani haiwan peliharaan yang berkeliaran secara berkesan yang mengganggu keselesaan masyarakat di daerah ini.

RAFIE ROBERT

Ketua Pemuda Perikatan Nasional P.180 Keningau, Rafie Robert berkata, ini kerana terdapat banyak keluhan daripada masyarakat daerah ini berkenaan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, beliau yakin pemilik haiwan peliharaan yang berkeliaran itu  sudah sedia maklum berkenaan masalah berkenaan  dan sudah tiba masanya penguatkuasaan yang tegas perlu dilakukan oleh agensi kerajaan yang berkaitan.

“Pemilik haiwan peliharaan berkenaan sudah pasti mengetahui masalah itu tetapi  masih berdegil dengan  membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran.

“Sepatutnya mereka juga mengambil tanggungjawab terhadap masalah dan ketidakselesaan orang ramai khususnya di daerah ini sehingga berlaku kemalangan termasuklah kemalangan yang membawa maut.

“Masalah ini akan terus berpanjangan jika tiada tindakan tegas dilakukan,” katanya sambil menambah, adalah difahamkan  amaran sudah sering kali dikeluarkan tetapi masalah ini tetap juga masih berlaku.

scroll to top