Pelajar KTYS terima Anugerah Dekan UTM

CEMERLANG…CEO KTYS, Haji Samin Ongki bersama Putri Nur Izzatul Ajwa Binti Basri,penerima Anugerah Dekan UTM.

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah ( KTYS ) terus melakar kecemerlangan seiring hasrat Kerajaan Negeri melahirkan modal insan berkemahiran melalui KTYS.

Salah seorang pelajarnya,Putri Nur Izzatul Ajwa Binti Basri, graduan Diploma Sains Komputer ( Teknologi Maklumat ) yang mengikuti program kerjasama KTYS – UTM membuktikan kebolehan anak Malaysia daripada Negeri Sabah apabila terpilih menerima Anugerah Dekan sempena Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ( UTM )

Putri Nur Izzatul Ajwa, anak seorang petani dari Kota Belud ini belajar selama 3 tahun di KTYS.

Hadir menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Haji  Samin Haji Ongki Ketua Eksekutif KTYS.

Samin berharap kejayaan cemerlang Putri.menjadi motivasi kepada pelajar pelajar KTYS yang lain serta pelajar pelajar Sabah keseluruhannya.

Melalui program kerjasama strategik KTYS – UTM ini 4 program Diploma ditawarkan iaitu Diploma Sains Komputer ( Teknologi Maklumat ), Diploma Harta Tanah, Diploma Pengurusan Teknologi dan Diploma Pengurusan Teknologi ( Perakaunan ,).

Samin mempelawa lepasan SPM di Sabah merebut peluang belajar di KTYS melalui program berkenaan. Dengan belajar di Sabah, kos dapat dijimatkan. Yayasan Sabah turut menyediakan pembiayaan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

scroll to top