Oleh MARIAYATI MURSIDI
LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut bersama menjayakan Kempen Bantuan Bakul Makanan.
Baru-baru ini, UMSKAL menyampaikan bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) Borneo Martial Art Academy yang bertanggungjawab menguruskan penyerahan bantuan kepada 30 isi rumah di sini.
Penyampaian disempurnakan Pengarah UMSKAL Prof. Dr. Jualang Gansau @ Azlan Gansau kepada wakil NGO berkenaan Tan Chee Haw di Bangunan PKP UMS Kampus Antarabangsa Labuan, yang turut disaksikan Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMSKAL Nuriman Reedzal.
Projek Bantuan Bakul Makanan UMSKAL ini diselaraskan oleh Noreffaizza Jali dari Sektor HEP dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar yang diketuai Mohd Fakhrul Ariffin.
Urusetia bantuan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.