Pelaksanaan Projek Beri Manfaat Kepada  Rakyat

SELENGGARA…Balairaya Kampung Ritting untuk kegunaan orang ramai.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

BINGKOR: Pelaksanaan beberapa projek kerajaan diharap mampu memberi kemudahan kepada masyarakat kampung yang masih dahagakan pembangunan di Kawasan Bingkor, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor,Datuk Robert Tawik @ Nurdin.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa melawat beberapa projek yang siap dilaksanakan di Kawasan Bingkor.

Antara projek yang dilawati ialah   projek bina baru pondok rekreasi di Kampung Nuntunan, projek penyelenggaraan Balai Raya Kampung Ritting, projek bina baru parit konkrit Kampung Ritting sejauh 300 meter, dan projek naik taraf jalan Kampung Sungoi kepada jalan konkrit sejauh 100 meter.

KEMUDAHAN…Parit konkrit Kampung Ritting yang baru dibina.

Beliau juga meninjau  projek bina baru tandas komuniti berkembar Kampung Sungoi, projek selenggara jalan Kampung Kapayan Lama iaitu Jalan Gravel sejauh 120 meter dan melawat projek penyelenggaraan Balai Raya Kampung Ranggom.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja  Raya Negeri Sabah berpuas hati dengan pelaksanaan kerja-kerja projek yang siap sepenuhnya untuk manfaat penduduk kampung.

Katanya, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat untuk kesejahteraan masyarakat dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

BERI MANFAAT…Pembinaan jalan gravel Kapayan Lama untuk beri manfaat kepada masyarakat.

Oleh sebab, beliau sudah menyenaraikan bebera projek untuk diberikan keutamaan pada masa akan datang.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Pemaju Mukim Apin-Apin,  Dennis Joakim; CDO,  Tinus Majip; Pengerusi JKDB Apin-Apin,  Paul Sitampat; Pengerusi JPKK Kampung Nuntunan, Puan Bibiana Lasius; Pengerusi JPKK Kampung Ritting,  Matius Jail; Pengerusi JPKK Kampung Sungoi, Marcellus Intang; Pengerusi JPKK Kampung Kapayan Lama,  Lorenzo Juli dan WKAN,  Alex Amik.

scroll to top