Pelbagai pembangunan akan terus dibawa ke Putatan – Awang Husaini

CALON NO.1 HARAPAN ...Awang Husaini bergambar kenangan bersama jentera sambil menunjukan simbol No.1 di majlis itu.

PUTATAN: Pelbagai perancangan pembangunan akan diteruskan di Putatan termasuk kampung-kampung yang terdapat di kawasan ini termasuk Kg. Maruntum jika mandat rakyat berpihak kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada kali ini.

Calon Harpan Parlimen Putatan, Awang Husaini Datuk Haji Awang Sahari berkata, sepanjang empat tahun setengah sebagai Ahli Parlimen Putatan, beliau telah membuat yang terbaik untuk membawakan pembangunan di Putatan termasuk memberikan kemudahan insfastruktur kepada penduduk di Kg Maruntum ini.

JENTERA … Barisan jenteri pilihanraya HARAPAN P.173 Putatan merakamkan kenangan bersama Awang Husaini.

Awang Husaini berkata demikian  dalam ucapannya sempena Program Santai bersama penduduk kampung yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Maruntum, di sini pada Ahad malam.

Dalam pada itu, menurut Awang Husaini Kg. Maruntum telah melahirkan ramai pejuang-pejuang demokrasi, melahirkan ramai pejuang reformasi dan pejuang-pejuang rakyat.

Katanya, penduduk-penduduk di Kg. Maruntum ini juga antara yang telah memenangkan beliau dalam pilihanraya umum ke-14 (PRU14) yang lalu dan di sini juga letaknya markas PKR pada 2018.

“Anak-anak dan warga Kg.Maruntum telah memenangkan saya, kerana itu bumi Maruntum ini begitu subur di hati saya,” katanya.

Kerana itu juga katanya, amanat penduduk di Kg. Maruntum ini khasnya dan seluruh kawasan di Putatan amnya yang telah memberikan kemenangan kepadanya pada 2018 terus beliau jaga.

SEBAHAGIAN penduduk Kg. Maruntum, Puatatan yang hadir sempena Program Santai bersama penduduk kampung di Dewan Terbuka Kampung Maruntum pada Ahad malam.

“Sehubungan dengan itu, pada pilihan raya umum ke-15 kali ini, saya sekali lagi meminta dan merayu kepada seluruh penduduk di Kg. Maruntum ini amnya dan seluruh pengundi Parlimen Putatan khasnya untuk memberikan mandat kali kedua kepada  saya dan seterusnya mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Berikanlah saya peluang sekali lagi untuk mewakili anda,” katanya.

Untuk rekod, dalam PRU-14, Awang Husaini memenangi Parlimen P.173 Putatan dengan majoriti 2,339  selepas memperolehi undi sebanyak 14,106 mengalahkan Datuk Dr Marcus Mojigoh dari BN UPKO  yang mendapat undi 11,767,Zulzaim Hilmee Abidin dari PAS (2434), Jivol @ Edmund Doudilim dari Parti Harapan Rakyat(1,755) dan Milkusin Abdulah dari Parti Kerjasama Anak Negeri yang mendapat undi 728.

scroll to top