Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN
KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Puri Warisan Inanam dan sekitarnya berpeluang menerima suntikan vaksin melalui program pemberian vaksin Covid-19 ‘Bah Vaksin Kita’ yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Warisan pada 27 Ogos ini bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Puri Warisan, Saidi Haji Balau memberitahu sebanyak 1,000 dos vaksin Astra Zenica disediakan oleh KKM untuk pemberian suntikan vaksin kepada penduduk yang belum menerima vaksin.
“Semua penduduk dialu-alukan hadir untuk menerima vaksin kecuali wanita yang mengandung atau mereka yang berusia kurang 18 tahun,” katanya.
Bagaimanapun, Saidi mengingatkan penduduk kampung agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, memakai pelitup muka, menjaga jarak antara satu sama lain dan memakai `hand sanitizer’.
Katanya, mereka yang dibenarkan untuk mendapatkan vaksin dalam program ini ialah sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas,belum menerima vaksin Covid-19.
“Selain itu, mereka bukan kes positive Covid-19,bukan contact rapat kepada kes Covid-19,tidak memakai gelang kuarantin,tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19,” katanya.
Bagi yang ada penyakit, perlu membawa surat pengesahan doktor dan ubat-ubatan yang diambil manakala ibu mengandung tidak digalakkan mengambil vaksin Astra Zenica.