KOTA MARUDU: Jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan perlu dihargai dan diwarisi oleh generasi masa kini dan akan datang, kata Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Ismarah Madcassar.

MEWARNA…Di antara para peserta kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna.
“Jika bukan atas usaha pemimpin terdahulu seperti mantan Perdana Menteri yang pertama almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan rakan-rakannya bertungkus lumus mengembeling tenaga, tenaga fikir, wang ringgit dan sebagainya belum pasti negara kita aman damai seperti yang kita nikmati hari ini,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Usahawan dan Koperasi Parlimen Kota Marudu.

TAHNIAH…Muslie (kiri) menyampaikan hadiah pemenang pertandingan melukis dan mewarna.
Beliau berkata, sebagai ahli Umno di peringkat akar umbi menyambut baik setiap sambutan perayaan yang dianjurkan dan AJK Umno Bahagian bermuafakat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan seterusnya meraikan Hari Malaysia setiap tahun,” katanya pada Majlis Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan/Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Marudu Bay dekat sini baru-baru ini.

PERAHU LAJU….Di antara puluhan peserta pertandingan perahu laju dan perahu kargo laju.
“Justeru, saya bagi pihak ahli-ahli Umno Bahagian ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Multi Media Malaysia yang memberikan dana dan kepercayaan kepada Umno Bahagian ini untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bersempena sambutan perayaan tahun ini.
Selain itu,beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu, Jabatan Penerangan Daerah, Jabatan Perhutanan, JPAM dan lain-lain agensi terlibat selain melaksanakan aktiviti turut menyumbang bagi menjayakan program pertama kalinya dianjurkan oleh Umno Bahagian Kota Marudu.
Terdahulu, Pengerusi penganjur program yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Muslie Haji Oting pula berkata, pelbagai aktiviti seperti sukaneka, larian bendera sukan laut, pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak dan pertandingan karaoke lagu-lagu patriotik dianjurkan sempena perayaan itu.

CENDERA KENANGAN…Disaksikan oleh AJK pelaksana Muslie (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Datuk Ismarah.
Katanya, program yang pertama kalinya dianjurkan oleh Umno Bahagian ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara satu dengan lain tanpa mengambil kira kaum dan kepercayaan.
Hadir sama, Wakil Pegawai Penerangan Daerah Mahatdir Mohd. Kamal, AJK Umno Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Arshad Mohd. Yusof mengetuai Pergerakan itu, Pengerusi Pelaksana program Sibi Wagioh, wakil Pegawai Perhutanan Daerah, Ketua Kampung Marudu Laut Talib Piok dan masyarakat setempat.