Pengorbanan, Tugas Frontliners Dihargai Yayasan Nur Jauhar

SUMBANGAN ... Tun Juhar (kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang frontliners di SJR 4 Bongawan.

PAPAR: Sebagai menghargai pengorbanan serta tugas para petugas barisan hadapan, 50 bakul makanan disumbang Yayasan Nur Jauhar.

AL HAMBRA.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang juga Penaung YNJ di dua lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) serta Balai Polis Bongawan dekat sini, hari ini.

Bercakap kepada media, Pengerusi YNJ, Kol. Al Hambra Juhar mengingatkan frontliners agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi melindungi diri serta keluarga daripada wabak penyakit yang telah meragut banyak nyawa tersebut.

“Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada Tuan Yang Terutama Tun Juhar kepada pengorbanan serta tugas frontliners yang bertugas menjaga sempadan darah (SJR) sepanjang pandemik Covid-19.

“Kita berharap semua petugas barisan hadapan tetap menjaga SOP semasa menjalankan tugas masing-masing,” jelas beliau.

SUMBANGAN … Antara penerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Tun Juhar (dua dari kiri) diiringi Hazani (kiri).

Al Hambra yang juga Komander Rejimen 507 Askar Wataniah memaklumkan selain frontliners, sumbangan bakul makanan terbabit turut diagihkan kepada golongan masyarakat yang terjejas akibat Covid-19 dan berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban.

“Di samping itu, yayasan juga menyumbangkan bakul makanan kepada golongan yang terjejas dilanda wabak Covid-19.

SYUKUR … Norhayati (kanan) bersama Rukiyah bersyukur kerana diberi sumbangan bakul makanan.

“Kita doakan semoga mereka terus tabah dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka sekeluarga,” katanya dalam Program Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan dan Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2021.

GEMBIRA … Elin merakam ucapan terima kasih kepada Yayasan Nur Jauhar.

Mengenai sambutan bulan kebangsaan, beliau menyeru masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sehingga 16 September ini sebagai tanda cinta kepada negara.

Mengiringi Tun Juhar dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali dan Timbalannya, Datuk Mazli Mazlan serta Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah.

Antara penerima sumbangan bakul makanan ialah suri rumah, Elin Gunsalam, 58, dari Bongawan yang bergantung hidup kepada pendapatan suami sebagai penoreh getah dan menyara tiga orang anak.

DOA…Tun Juhar (kanan) mengaminkan doa sebelum berangkat balik dengan menunggang motorsikal berkuasa tinggi.

Turut menerima sumbangan, suri rumah, Dayang Norhayati Mohd Yassin, 42, dari Kg Berunai yang mempunyai tiga orang anak dan suami bekerja sendiri.

Sepupu kepada Norhayati, Dayang Rukiyah Ahmad Suhaili, 48, hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pembersih dan menanggung dua orang cahya mata.- Penerangan

scroll to top