Pengusaha Kecantikan Digesa Amal SOP Ketat

AMAL SOP KETAT: Amisah menyeru pengusaha pusat kecantikan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Oleh MARIAYATI MURSIDI

KOTA KINABALU: Pengusaha kecantikan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu digesa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi menyakinkan pelanggan tentang langkah keselamatan yang diambil.

ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin turut menyeru pengusaha pusat kecantikan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan dengan memakai pelindung muka plastik, pelitup muka, sarung tangan dan apron plastik.

Selain itu, Amisah juga meminta pusat kecantikan untuk memastikan premis perniagaan masing-masing dilengkapi kod QR, penyukat suhu serta pensanitasi tangan.

“Mereka (pengusaha) perlu mematuhi sepenuhnya SOP yang digariskan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga selain memberi keyakinan kepada pelanggan.

“Pelanggan yang hadir juga turut melihat dan bertanya apakah langkah keselamatan yang diambil sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan kami,” katanya selepas melancarkan Pusat Kecantikan Win Beauty Centre di Asia City kelmarin.

Pusat kecantikan berkenaan adalah milik Winnih Kimin, seorang usahawan dan kontraktor berasal dari Ranau.

Hadir sama Pengasas dan Presiden Penta Harvest International Lim Ed Win, pengasas bersama Gary Goh dan naib presiden Chris Soh.

scroll to top