KOTA KINABALU: Program Malam Perpaduan Keluarga Malaysia 2022 yang diadakan pada malam 10 September lalu berlangsung dengan lancar dan berjaya.
Penyelaras program Rez Faizal Ahmad, mewakili pengerusi panganjur Asneh Libung dan barisan ahli jawatankuasa penganjur merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

REZ FAIZAL AHMAD
“Selaku penyelaras program, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua-ketua dan barisan ahli jawatankuasa pelaksana di atas komitmen dan usaha menjayakan program tersebut dari mula hingga akhir.
Katanya, sekalung penghargaan juga kepada semua penyumbang dari kalangan NGO dan syarikat antaranya, Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd, food Aid Sabah (FAS), SUDC Sdn. Bhd (Sabah Urban Development Corportion),
SEDAFIAT SDN BHD, Smart Corporation, Simply Chocolate, Sunny Supermarket, Kak Min Cafe dan Rupiah Kek.
Selain itu, terima kasih juga kepada para pemimpin dan individu yang turut memberikan sumbangan bagi membantu memastikan Program Malam Perpaduan Keluarga Malaysia 2022 yang julung-julung kali dianjurkan di Pangsapuri Tanjung Aru ini berjaya diadakan.
Mereka terdiri daripada; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N22 Tanjung Aru, Mohd Reduan Datuk Hj Aklee dan Ketua Bahagian UMNO Putatan Jeffrey Nor Mohammad.
“Ucapan terima kasih juga kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Putatan, Ketua Puteri Umno Bahagian Putatan, Kapitan Wong Kong Hong, Pitrichard Shim, Addy Noran (PBRS), Yong Che Yun dan Masiah @ Chia.
Katanya, tanpa sokongan dan sumbangan dari mereka, sudah pasti Program Malam Perpaduan Keluarga Malaysia 2022 ini tidak akan berjalan dengan jayanya.
Katanya, sesungguhnya kerjasama semua pihak mampu mencorakkan kehidupan yang lebih tersusun, terangkum, bersama dan sentiasa bersyukur di atas apa yang kita perolehi seharian untuk membantuk kesepaduan dan keharmonian yang bersifat nasional tanpa mengira kaum dan agama.
Katanya, sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kita perlu bersama-sama dengan fikiran dan dada yang terbuka menerima persamaan dan tidak terlalu menekankan perbezaan.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi Penganjur Malam Perpaduan Keluarga Malaysia JKDB Rumah Pangsa dan JKDB Pekan Tanjung Aru dengan kerjasama Jawatankuasa Ketua Blok kerana telah merealisasikan konsep Keluarga Malaysia dalam bentuk program yang spesifik dan konkrit dalam memperkasa perpaduan dan integrase nasional,” jelasnya.
Beliau mengharapkan pada masa akan datang , agar lebih ramai lagi yang sudi tampil untuk bersama-sama menyokong program perpaduan seperti ini kerana ia bukan sahaja dapat memupuk perpaduan yang harmoni dengan berbilang bangsa kalangan masyarakat kita malah ia juga dapat merapatkan hubungan erat tanpa mengira bangsa , agama dan budaya dalam setempat.