KOTA KINABALU: Mesjid Jabatan Pengangkutan Jalan Sabah atau dikenali sebagai Mesjid Baitul Rahman akan dirasmikan Jumaat ini, bersamaan 3 September 2021.
Demikian menurut Timbalan Pengarah Pengangkutan Jalan Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Mohd Zakaria ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Rabu.
Menurutnya, tujuan kunjungan adalah bagi menjemput Tun Juhar hadir merasmikan mesjid tersebut seterusnya menunaikan solat jumaat di sana.
Tambah beliau, mesjid yang siap dibina pada Ogos merupakan hasil sumbangan dana daripada orang awam dan individu.-Penerangan.