Persidangan SIBES 2022 Bakal Berlangsung 17 & 18 Januari Di SICC

KOTA KINABALU: Sabah International Business and Economic Summit (SIBES) 2022, bertemakan ‘Unlocking Sabah’s Potential, Unleashing Business Opportunities’ akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada 17 dan 18 Januari ini.

SIBES 2022 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama KSI Strategic Institute For Asia Pacific, merupakan persidangan antarabangsa yang diadakan bertujuan sebagai wacana bagi mempromosikan ekonomi Sabah secara inklusif, mampan dan inovatif.

Persidangan ini dijangka akan dihadiri seramai lebih 400 peserta terdiri daripada duta-duta luar negara, pelabur tempatan dan asing serta pemain industri dari pelbagai sektor utama seperti sektor pertanian, perindustrian serta pelancongan.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, semasa hari pertama persidangan iaitu 17 Januari 2022 (Isnin).

Dijangkakan 21 negara akan terlibat seperti Korea, New Zealand, Sweden, Indonesia, Russia, Norway, Italy, Spain, Switzerland, dan lain-lain.

scroll to top