Pertubuhan Dragon Berani Berubah Malaysia hulur sumbangan

SUMBANGAN…Abel (kanan) menyampaikan bakul makanan kepada dari kiri Raibon, Jukiman dan Jalil.

KOTA MARUDU: Pertubuhan Dragon Berani Berubah Malaysia sedia menyantuni masyarakat berbilang kaum dan anutan kepercayaan dengan menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk bakul makanan seperti beras dan makanan harian yang lain.

BERUCAP…Tuan Abel Pengair berucap dimajlis tersebut.

Bendahari Agung Pertubuhan Dragon Berani Berubah Malaysia merangkap Timbalan Ketua Wilayah DUN Tandek ,Tuan Abel Pengair berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan seperti keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang ramai tetapi kurang pendapatan, OKU atau ada keluarga OKU dan sebagainya .

Katanya, mereka yang menerima sumbangan sudah dikenalpasti latar belakang mereka terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bakul makanan kepada 12 orang golongan sasar terpilih di Kampung Lombiding dalam kawasan DUN Tandek kira-kira 28km dari Pekan Kota Marudu dekat sini baru-baru ini.

PRIHATIN…Abel (kiri) menyampaikan bakul makanan kepada Ketua Kampung Lobiding Sakumi Untung.

Penerima terdiri dari Janny Anibak, Jolison Majuah, Ladiah Yayauh, Jesip Emoh, Sakumi Untung, Jaemet Surugau, Lemon Kanor, Wewel Sunting, Yanang Ongik, Nasinah Kanor, Penesiah Majuah dan Upilin Tutung.

Abel yang juga Pengerusi Koperasi Dragon Group BB turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada sdra Jukiman Masulin dari Bombong 3, (Raibon dari Matunggong) dan Abdul Jalil Madarin Dun Bandau.

Selain itu, penyerahan bakul makanan turut diadakan dalam masa yang terdekat ini di Kampung Piso, Kampung Natu dalam Kawasan Dun Tandek dan Kampung Beliajung dalam Kawasan Dun Bandau.

KENANGAN…Abel (duduk tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian penerima bakul makanan di Kampung Lombiding.

Tambahnya, sumbangan berupa bakul makanan tidak tertumpu kepada satu kampung sahaja malah ianya diberikan secara menyeluruh mengikut ruang dan kemampuan pertubuhan.

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli-ahli mengukuhkan komitmen agar pertubuhan terus berdiri teguh dan maju seperti pertubuhan yang lain dan terus dapat berkhidmat dan membantu masyarakat dalam kepelbagaian.

Hadir sama Ketua Kampung Lombiding Sakumi Untung dan masyarakat setempat.

scroll to top