Oleh MARIAYATI MURSIDI
PUTATAN: Sebatang pokok tumbang menghempap sebuah rumah pekerja di Jalan Tombovo, Ketiau dekat sini hari ini.
Balai Bomba dan Penyelamat Penampang menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.02 pagi.
Komander operasi diketuai PBT I Jamaludin Hussin bersama lima pegawai pelbagai pangkat bergegas ke lokasi sejauh 10 kilometer dari balai.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, mendapati rumah terbabit yang berkeluasan 15×25 kaki persegi mengalami kerosakan 10 peratus, bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat.
Pasukan bomba bertindak memotong dahan pokok dengan menggunakan ‘chain saw’ dan mengalihkan kayu berkenaan.
Operasi kemudian ditamatkan kira-kira jam 12.50 petang.