PPM gagalkan cubaan seludup minyak masak

RAMPASAN; Minyak masak yang dirampas dipercayai cuba diseludup ke Filipina.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas barang kawalan disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran yang dikesan di sekitar Laut Sibangkat pada petang tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohamad Ismail berkata, pasukan bertindak menuju ke lokasi dan membuat tinjauan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah bot laju dengan muatan beberapa minyak masak yang disyaki cuba diseludup ke Filipina,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM16,785 dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohamad berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

scroll to top