PPM Kudat Rampas Rokok Tanpa Cukai

RAMPAS: Anggota Polis Marin menunjukkan rokok tidak bercukai yang dirampas.

Oleh MARIAYATI MURSIDI

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya merampas rokok tidak bercukai di kawasan Jeti Awam, Kudat kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat Cyril Douglas berkata, Polis Marin Kudat telah bertindak atas maklumat dengan membuat intipan tempat berkenaan dan menjumpai  dua kotak berwarna coklat yang diletakkan di jeti berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Tambahnya, Polis Marin membuat intipan lebih kurang 1 jam di kawasan terbabit, namun tiada individu datang menuntut kotak berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kotak berkenaan mendapati beberapa bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai. Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM3,148.00,” katanya.

Katanya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

scroll to top