PPM rampas rokok seludup bernilai RM14,810

ROKOK SELUDUP ... Rokok seludup bernilai RM14,810 yang dirampas.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin Lahad Datu (PPM) berjaya merampas rokok tidak bercukai di sebuah pondok atas air, di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu Superintendan Gan Ping Sin berkata pasukan membuat pemerhatian dan pemantauan di pondok berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam pondok terbabit menjumpai beberapa bungkus rokok disyaki cuba diseludup,” katanya dalam kenyataan media, kelmarin.

Katanya, rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM14,810 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Gan berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

scroll to top