PPMCS komited lahirkan sifat kepimpinan dalam khidmat masyarakat

KENANGAN ... Awang Zaini (tengah) bergambar kenangan bersama semua Pesuruhjaya PPMCS.

KOTA KINABALU : Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) terus komited melahirkan sifat kepimpinan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr. Awang Zaini Suntim, kegiatan kepengakapan di Sabah akan bersatu hati dan berganding bahu dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber yang mempunyai kemahiran memimpin sukarelawan bagi melatih generasi muda merangkumi Unit Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.

Awang Zaini turut memaklumkan, PPMCS komited dan siap siaga membantu memberikan khidmat sukarelawan dan kemasyarakatan kepada yang memerlukan seperti mengedarkan hampir 1,000 bantuan makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan hasil sumbangan masyarakat semasa awal Pandemik Covid-19 dan juga menyediakan makanan kepada mangsa banjir di pusat-pusat tahanan sementara.

Pada majlis tersebut, seramai 39 daripada 53 orang Pesuruhjaya dari seluruh negeri Sabah telah menerima warkah pelantikan dan perlanjutan tugas Pesuruhjaya.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Sabah, Datuk Yahamad Budin,Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (KPPNS) I, Mejar Baharuddin Dato’ Chinchang Ujang dan Pengerusi Majlis Penyerahan Surat Lantikan Jawatan dan Perlanjutan Tugas Pesuruhjaya, Makrin Sudi.-Penerangan.

scroll to top