PPV Memuaskan, Patuhi Garis Panduan

LAWATAN ... Gambar sekitar lawatan dan tinjauan rombongan CITF Persekutuan.

TUARAN: Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di beberapa daerah di Sabah memuaskan dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

LAWATAN … Gambar sekitar lawatan dan tinjauan rombongan CITF Persekutuan.

Sekretariat Utama Covid-19 Imunisation Task Force (CITF) Perekutuan, Diah Muhammad Hasif Roslan berkata hasil tinjuan dan pemantauan yang dijalankan pihaknya mendapati  pengendalian dan operasi PPV adalah baik dan memuaskan.

“Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan dari segi kawalan orang ramai dan dan stesen-stesen yang memberi suntikan vaksin kepada mereka yang hadir.

TAKLIMAT … Dr Rosfinah  menyampaikan taklimat semasa lawatan CITF.

“Setakat ini, kita berpuas hati dengan PPV di daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort dan Tuaran melalui lawatan dan pemantauan yang dilakukan,” jelas Diah Muhammmad kepada media pada lawatan kerja di PPV Dewan Sri Sulaman Tuaran, petang kelmarin.

Pada sesi taklimat ringkas sempena lawatan tesebut, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, Dr Rosfinah Ghazali memaklumkan daerah itu kini mencapai 2,100 dos vaksin sehari dengan pencapaian 61.3 peratus untuk dos pertama  manakala yang telah lengkap dua dos sebanyak 33.6 peratus serta warga emas pula telah melebihi 100 peratus.

KENANGAN … Rombongan CITF Persekutuan merakamkan gambar di PPV Tuaran.

Hadir sama semasa lawatan Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Husin, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Unit Dasar CITF Persekutuan,Chua Yong Wei dan Aizat haris Annas Goh, serta Unit Operasi dan Risiko, Muhammad Najib Ramlee.-Penerangan.

scroll to top