KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik peralihan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula hari ini bagi negeri Sabah.
Presidennya, Haji Yahya Ahmad berkata prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)yang dikeluarkan semalam tidak pun bercanggah dengan pendirian kerajaan Negeri Sabah memandangkan ianya telah pun dilaksanakan termasuk kelonggaran Dine-in di Sabah.
“Kita mengingatkan mana-mana pihak tidak lagi mengelirukan orang ramai khususnya para peniaga. Segala keputusan dan pendirian kerajaan Negeri sepertimana kenyataan rasmi oleh Perdana Menteri adalah muktamad serta wajar dihormati dan dihargai.
“Hentikan politikkan mengenai SOP MKN. Kita tidak perlu menyamakan atau membanding segala dengan SOP yang dikeluarkan untuk negeri-negeri di Semenanjung.
“Inilah kelebihan cara pengurusan terbaik Datuk Seri Hajiji Noor mengelola pendekatan politik bijak berhemah dengan semua pertimbangan demi kepentingan rakyat selain membawa penyelesaian bentuk masalah berbangkit melibatkan dua pihak kerajaan secara tenang dan harmonis, ” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, PRESBAH turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memahami niat baik Ketua Menteri dan hasrat Kerajaan negeri terhadap keutamaan kesejahteraan rakyatnya atas pendirian diambil.
“Pandangan kita soal peningkatan kes positif baik di Sabah sudah tentu mengambil kira usaha kerajaan melalui Jabatan Kesihatan melakukan pengawalan proaktif dengan saringan menyeluruh kepada komuniti yang diwartakan kawasan PKPD.
“Bagi kes di Selangor dan Kuala Lumpur juga rasanya lebih kurang faktor peningkatan kes baru sama selain saringan besar-besaran di kilang-kilang perusahaan.
“Ini bagi kita faktor peningkatan mendadak semantara untuk memudahkan kerajaan memahami punca penyumbang, disamping fokus mengerakkan pemantuan, penyaringan, pengawalan dan gerak kerja proses pemberian vaksin lebih dipertingkatkan, ” katanya.-ADMIN