Rakyat terus dinasihatkan patuhi SOP

MASIDI MANJUN

KOTA KINABALU: Rakyat terus dinasihatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini berkurangan kepada 1,515 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota  Kinabalu kekal menjadi penyumbang utama kes-kes baharu di Sabah dengan 479 kes.

“Ia diikuti oleh Tuaran 133 kes dan Penampang 103 kes. Daerah-daerah lain mencatatkan kes baharu dua angka kecuali Semporna enam kes, Kunak empat kes dan Kalabakan satu kes.

“Terdapat pertambahan kes baharu di 10 daerah dengan Tambunan merekodkan¬† pertambahan 25 kes. Selain daripada Penampang yang merekodkan penurunan kes yang tertinggi (-103), Beaufort juga mencatat penurunan yang agak besar dengan -54 berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, penurunan jumlah kes-kes baharu secara keseluruhan tidak harus melalaikan masyarakat daripada mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa.

Katanya, trend menurun boleh dengan cepat bertukar sebaliknya, apatah lagi dengan mengambil kira peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu 62.71 peratus daripada semua kes hari ini.

“Trend menurun hanya boleh bertahan sekiranya semua kita mematuhi secara konsisten semua SOP dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Sebanyak 1,498 daripada 1,515 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5,” katanya.

scroll to top